Sunday 7 August 2011

PERTUNJUK DI SEPANJANG JALAN KEHIDUPAN

Di sepanjang perjalanan kita perlukan panduan agar tidak tersesat, tidak tersasar daripada tempat yang ingin kita  tujui. Dalam kehidupan kita perlukan pedoman agar kita jelas matlamat kita, ke mana harus kita tujui, apakah perkara-perkara utama yang perlu lakukan...

Dalam kehidupan ini, hanya sanya Islam merupakan panduan kehidupan. Tiada panduan yang lain...kerana manusia diciptakan oleh Allah swt dan Dia sahajalah yang Maha Arif apakah panduan yang perlu bagi manusia. Allah swt telah menyediakan panduan untuk manusia melalui para Rasul yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Maka sewajarnyalah manusia mengambil panduan yang telah disediakan-Nya untuk sekalian manusia dan jin.

Apakah yang ada pada kita, manusia yang kerdil...untuk mencari panduan yang lain. Udara yang kita sedut, air yang kita minum, makanan yang kita makan, malam yang kita tiduri, siang yang kita jagai..semuanya datang daripada Allah swt. Maka sudah tentu Allah swt jua tempat untuk kembali mendapatkab panduan dan bimbingan untuk meneruskan perjalanan kehidupan ini dengan penuh selamat dan penuh sejahtera!

PERTUNJUK DI SEPANJANG JALAN KEHIDUPAN

PERTUNJUK DI SEPANJANG JALAN KEHIDUPAN